Din Beramboi Selamat Dikebumikan
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Terkini tentang berita kematian Allahyarham Din Beramboi. Pelawak dan Penyampai radio Era kesayangan ramai ini sudah pun selamat disemadikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kepong kira-kira jam 11 pagi tadi.
Terdahulu jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum Solat Jenazah disempurnakan di Masjid Al-Faizin di kawasan yang berhampiran kira-kira jam 10 pagi tadi.
Allahyarham Din Beramboi telah menghembuskan nafas terakhirnya di Wad ICU, Hospital Selayang, kira-kira jam 12.30 malam tadi selepas sejam bertarung nyawa akibat penyakit kejutan denggi berdarah yang dihidapinya pada 29 Mac 2010 yang lalu.
Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.
Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Ramai rakan artis serta selebiri yang telah memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham. Antara yang hadir adalah Aznil Hj Nawawi, Rosyam Nor, Afdlin Shauki, Zaibo, Zizan, Nabil, Faizal Tahir, Bunkface, Mawi Ekin, Sharifah Shahirah dan Ijoy Azahari, Shuib & Mamat Sepah, Sarah Raisuddin, Hairi Anak Wayang, Alex RL4, Caca RL4, Angah RL, dan Man Belon RL2.
Berita Terdahulu
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.
Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.
Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Taman Ehsan bersempadan dengan kawasan Frim sebelum solat Jumaat, manakala Solat Jenazah pula akan dilakukan di Masjid Al-Faizin Taman Ehsan pada jam 11 pagi ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment